Cakcibo? Kelontet? Apa Tu?

Tu cakcibo la… Bukan tu kelontet!! Apa cakcibo? Apa kelontet?

Sebagai perantau, masalah memahami bahasa adalah sesuatu yang agak sering berlaku. Apatah lagi bagi saya yang berasal dari Perak Darul Ridzuan pastinya masih lekat dengan pekat loghat Melayu Peraknya.

Apabila bertemu dengan orang Melayu Sarawak maka terjadilah silang makna bahasa masing-masing walaupun ia mempunyai maksud yang sama tetapi sebutan yang berbeza.

Pernah berlaku ketika saya mengail haruan di tali air sebuah kampung di daerah Roban.

Tali air yang penuh dengan bunga teratai serta mengalir tenang pastinya menjadi habitat serangga.

Semasa menarik kekili selepas umpan dibaling saya lihat seekor CAKCIBO hinggap di tali pancing.

“Eh ada cakcibo laa.. Cantik warnanya” tegur saya.

Rakan saya orang Sarawak pun mencelah.. “Bukan laaa.. Itu Kelontet.”

Kredit Foto: Izyan Hamizi

Haa? Saya terkejut dengan kening terangkat.

“Dia mencarut ke” bisik hati saya.

“Ni kami panggil serangga ni CAKCIBO… ” aku menjelaskan.

“Auk.. Kamek urang nunggahnya KELONTET” jelas rakan saya sambil tersenyum. Ooo faham lah saya.

CAKCIBO (PERAK) TU SAMA DENGAN KELONTET (SARAWAK). ATAU BAHASA MELAYUNYA DIPANGGIL PEPATUNG DAN BAHASA INGGERIS NYA DRAGON FLY.

Kalau Jelebor apa pula orang Sarawak sebut ye… Saya berbisik sendirian.

Comments

comments