Guru Viral Pelopor Perniagaan Sambal Hitam Terkenal

Sambal hitam merupakan makanan tradisi orang Melayu. Seperti mana tempoyak dan budu yang gah mencipta nama di Perak dan Kelantan, Sambal hitam pula menjadi kebanggaan negeri Pahang.

Namun akhir-akhir ini sambal hitam menjadi begitu popular dikalangan masyarakat berbilang kaum. Lebih-lebih lagi bila munculnya Sambal hitam viral iaitu SAMBAL HITAM TOKTHEVAINI yang dipasarkan oleh syarikat jutavans.

Sepekara yang menarik perhatian tentang sambal hitam Tokthevaini atau singkatannya Sambal Hitam SHTT ini ialah foundernya merupakan seorang guru.

Beliau ialah Cikgu Wan Mohd Khairi Bin Wan Hassan, berusia 32 tahun Berasal dari Felda Chalok Barat, Setiu Terengganu, merupakan graduan PISMP IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur, yang mengajar di SK LKTP Bukit Goh, Kuantan.

Kini beliau merupakan usahawan guru yang berjaya dan mempunyai 12 stokis seluruh Malaysia serta mempunyai 4000 ejen di seluruh negara.

Saya berpeluang untuk bertanya dengan Cikgu Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Vnkery tentang bagaimana timbulnya idea untuk menjadi usahawan Sambal Hitam.

Pada asalnya, niat beliau hanya mahu membantu isteri nya yang dipanggil TOKTHEVAINI @ tokbini (dialek pantaitimur).

Beliau berhajat mahu menambah RM1000 sebulan sebagai nafkah untuk isterinya, selain itu cikgu Wan memang berniat nak bantu seorang makcik yang buat sambal ni. Dia hanya membuat sambal hitam Pahang ni bila mendapat tempahan dan kebiasaanya keuntungan sebulan hanya RM1200 dan hanya ada 1 kawah.

Namun begitu selepas sebulan Cikgu Wan membantu memasarkan produk sambalnya semuanya berubah bila Allah hadirkan rezeki buat makcik tetsebut yang melimpah ruah.

Idea menjual sambal melalui lantikan stokis dikalangan guru. Idea ini apabila cikgu Wan mengambil kursus PERSONAL COACHING bersama @COACHSAID. Pelaburan beliau membayar RM9000 untuk tempoh coaching selama setahun berhasil.

Melalui personal coaching itulah beliau berjaya aplikasikan ilmu yang diajar dan mencipta sistemnya sendiri dan mula mengembangkan empayar Sambal Hitamnya.

Kata beliau, “Bagi saya, ia satu rahmat apabila kita tahu apa yang kita mahu capai”.

Melalui pemilihan yang bersifat berhemah, beliau berjaya mencari 12 stokis seluruh Malaysia. Kebanyakan stokes dan ejen sambal hitam ini dikalangan guru. Hampir 70% adalah guru.

Sambal Hitam ini juga telah dibawa ke hampir seluruh dunia dalam masa 2 bulan beroperasi antara lokasi yang sering dibawa, Makkah, Arab Saudi, Jepun, China dan Europe.

Setiap impian pasti mengundan cabaran. Bagi cikgu Wan Mohd Khairi cabaran besar semasa menjalankan perniagaan ini ialah apabila permintaan meningkat 200% dan pihak pengeluar tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Selain itu, kos pengeluaran dan kos penghantaran kepada stokis seluruh negara juga mempunyai cabaranya yang tersendiri. Beliau terpaksa menanggung kos penghantaran sebanyak hampir RM30’000 sebulan semata-mata untuk memberi sepenuh keuntungan kepada stokis dan ejen-ejen.

Beliau turut ditanya bagaimana beliau imbangkan masa mengajar dan masa berniaga.

Menurut beliau, “Saya sememangya menyintai dunia pendidikan. Kanak- kanak adalah nadi saya. Mereka sumber rezeki saya, jadi saya menggaji 2 orang pembantu peribadi iaitu isteri sebagai akauntan dan penasihat, dan pembantu peribadi khas (Zuqie juga Stokis Selangor) yang menguruskan hal-hal berkaitan personal dan HeadQuarters Jutavans yang berpengkalan di Bandar Indera Mahkota 15, Kuantan. Selain 2 orang staff lain yang membuat pembungkusan dan runner” jawabnya.

Di sekolah beliau memberi komitmen 100% terhadap hal-hal sekolah. Beliau tidak mencampur adukkan urusan sekolah dengan perniagaan. “Be smart, Work Smart”.

“Setelah pulang dari sekolah, barulah saya terlibat dengan hal-hal perniagaan” ujarnya Ikon Guru Daerah Raub 2017 ini.

Antara kejayaan yang membanggakan, mereka (stokis) berjaya menambah sumber pendapatan mencecah RM3000- RM7000 sebulan dengan hanya menjual sambal hitam tokthevaini ini.

Selain itu mereka juga berjaya menjadi penggerak dalam menambahkan dana dalam Kelab Guru dan kakitangan sekolah dengan menjual sambal hitam.

Itulah sedikit sebanyak kisah kejayaan seorang guru yang juga merupakan usahawan berjaya, Cikgu Wan Mohd Khairi bin Wan Hassan.

Beliau juga merupakan guru “instafamous” yang mempunyai lebih 77k pengikut dan sering mendapat liputan sebagai guru viral setiapkali tibanya perayaan hari guru.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen bolehlah melayari IG @sambalhitam_jutavans atau hubungi beliau di whatsapps 010-2024740

Anda juga boleh menjadi follower ig beliau di Instagram @vnkery.

Comments

comments