Kawah Chicxulub merupakan kesan impak dari komet yang jatuh ke bumi lebih kurang 66 juta tahun dahulu.
Nama kawah ini diambil dari sebuah tempat yang bernama Chicxulub di Semenanjung Yucatan di negara Mexico.
Saiz komet tersebut dianggarkan sebesar 80 kilometer telah menghentam bumi. Apabila saintis membuat kajian terperinci, didapati masa komet ini jatuh berpadanan dengan kejadian yang disebut K-pg (Creataceous-paleogene).
Kawah yang selebar 150 kilometer dan kedalaman 20 kilometer ini dijumpai oleh 2 orang pengkaji iaitu Antonio Camargo dan Glen Penfield pada tahun 70an.
Pada mula mereka berdua ditugaskan untuk membuat kajian tentang cari gali minyak untuk sebuah syarikat Petroleum di Mexico.
Peristiwa dasyat ini juga menyebabkan perubahan iklim serta hampir 75% kehidupan yang dibumi pada waktu itu mati akibat ledakan komet tersebut.
Saintis juga beranggapan K-pg ini merupakan penyebab utama mengapa sebilangan besar Dinosaur pupus.
Apa-apa yang berada dalam sekitar 1000 kilometer dari kawasan tersebut akan terbakar serta merta akibat api yang merebak begitu cepat sekali, haiwan besar pun tidak mampu lari dan terbang dengan pantas.
Ledakkan tersebut bersamaan 191,793 gigatons TNT lebih kuat dari bom terbesar pernah diletupkan iaitu bom Tsar.
Selepas api, impak kuat tersebut menyebabkan berlakunya mega tsunami yang dianggarkan setinggi 100 meter menghala ke negara Amerika dan negara disekitarnya.
Tak cukup tsunami dan api, gempa bumi kuat lebih kurang 10 skala richter mengegar tanah dan gunung berapi meletus akibat bumi melepaskan tekanan yang sudah sekian lama terpendam. Bayangkan 4 benda terjadi hampir serentak. Sukar untuk dibayangkan kalau terjadi pada abad ke 21 ini
Pada ketika itu, banyak kawasan telah terbakar dan mengalami kemusnahan yang amat teruk, terjadi Volcanic Winter yang menutup seluruh dunia yang menyebabkan tanaman tidak dapat hidup.
Dikatakan debu tebal telah menutup bumi waktu itu bertahan agak lama, tidak hairan la kalau matahari tak dapat tembus sebab debu terlalu tebal, dikatakan haiwan haiwan termasuk dinosaur pupus akibat gas beracun.
TulisĀ John Mohamed