Musa Keita : Black Panther Sebenar? Tulisan John Mohamed

1141

Kenapa ada Black Panther? Ada kaitan ke? Jom baca..

Musa Keita atau lebih dikenali sebagai Mansa Musa, mansa yang bermaksud sultan atau raja memerintah di wilayah Mali di Afrika. Dilahirkan pada 1280, terkenal dengan jolokan Manusia Terkaya Didunia.

Mansa Musa menjadi pemerintah di Mali pada tahun 1312, mengambil alih tahta Abu Bakar Kedua yang hilang di lautan semasa mencari penghujung lautan Atlantik.

Ketika beliau menjadi raja disana, eropah pada waktu tersebut masa lagi dalam dalam krisis perang saudara dan kekurangan sumber.

Empayar Musa cukup bertuah kerana dikurniakan dengan kekayaan hasil bumi yang cukup banyak, iaitu emas dan juga garam. Beliau berjaya meluaskan empayar perniagaan agung nya hingga ke Mauritania, Senegal, Gambia, Guinea, Burkina Faso, Mali, Niger, Nigeria, dan Chad.

Di Timbuktu, beliau menggunakan kekayaan nya untuk membina sekolah, hospital, masjid dan tidak ketinggalan universiti.

Tersangat kaya sehinggakan beliau pergi mekah dengan jarak 4000 batu semata -mata untuk menunaikan haji dengan gaya tersendiri. Beliau bersama pengikutnya membawa caravan yang dikatakan sejauh mata memandang, seramai 60,000 caravan dan 1,000 pengikut serta 100 ekor unta membawa emas emas.

Di setiap hentian, beliau mengambil peluang untuk memberikan makanan mewah dan sedikit harta harta nya kepada orang miskin, taraf hartawan la dia ni.

Semasa beliau di Mesir, beliau membahagikan emas miliknya kepada orang miskin di sana dan menyebabkan terjadi inflasi. Begitu hebat seorang manusia datang entah dari mana, terus beri emas pada orang miskin.

Kekayaan beliau dianggarkan 400 billion, malah ada yang mengatakan cecah Trillion, kerana 400 billion itu hanya sekadar anggaran. Terlalu kaya sehinggakan ada peta yang menunjukkan mansa musa memegang duit emas. Setelah memerintah selama 25 tahun, beliau meninggal pada tahun 1337. Apa kaitan dengan Black Panther?

Dah lupa ke Black Panther ni raja Wakanda, di Afrika merupakan Hero Marvel paling kaya? Lelaki, Kulit gelap, duduk di Afrika, Kaya raya, teknologi canggih. Kalau kita lihat ceritanya dan kaitan dengan Mansa Musa ni, kedua-dua orang ni mempunyai harta yang jauh melangkaui had, maksudnya sudah melebihi orang lain.

Kemungkinan besar kisah Black Panther di adaptasi dari kekayaan Mansa Musa. T’challa juga merupakan manusia terkaya dalam cerita Black Panther, seorang raja di Afrika. Ada nampak persamaan tak? Jadi bagaimana Mauritania yang dikaitkan dengan Atlantis pada penulisan lepas menjadi kaya?

Sebab negara Mauritania sendiri kaya dengan hasil sumber alam, malah Mansa Musa sendiri memperolehi kekayaan dengan takluk Mauritania yang merupakan sebahagian tanah jajahannya. Afrika suatu ketika dahulu merupakan tanah yang sangat indah, subur, dan kaya.

Penjajah di negara mereka lah yang menyebabkan ekonomi mereka miskin, sumber alam dibawa balik ke tanah jajahan dan orang afrika ramai dibawa lari untuk dijadikan hamba abdi.

Tulis John Mohamed

Comments

comments