Meskipun hanya 8 orang murid menjadi ahli kelab. Namun semangat tinggi tetap ditunjuk semasa ko kurikulum kelab memanah SK Long Sepiling, Marudi di Miri.
Guru penasihatnya, Cikgu Muhammad Saffuan telah berkorban wang ringgit untuk membeli satu set memanah bagi melatih anak-anak SK Long Sepiling yang terdiri dari anak-anak kaum Kayan di sekolah ini.
Mungkin impian menjadi pemanah terbaik dunia seperti Kim Woo Jin dari Korea akan tercapai dikalangan anak-anak Sepiling ini.
Menurut Cikgu Saffuan pada asalnya beliau membeli set memanah untuk digunakan sebagai permainan sendiri untuk mengisi masa senggang ketika berada di sekolah.
Apatah lagi beliau baru sahaja mengikut kursus asas memanah di Teluk Intan dan di Pulau Pinang.
Apabila beliau bermain di sekolah, ramai murid-muridnya berminat dan sekaligus cikgu Saffuan mengajar muridnya teknik yang betul.
Ternyata minat anak-anak Kayan ini terhadap sukan memanah terlalu mendalam hingga sering meminta cikgu Saffuan bermain.
Untuk memastikan keselamatan anak-anak muridnya terjaga, cikgu Saffuan menubuhkan kelab memanah di peringkat sekolah bagi memudahkan beliau memantau muridnya memanah dengan teknik yang betul.
Tahniah cikgu Saffuan semoga anak-anak Kayan dari Long Sepiling mampu menjadi pemanah negara suatu hari nanti.
Memandangkan masih banyak kekurangan, saya berharap ada pihak sudi membantu cikgu Saffuan dengan menambah bilangan alat memanah untuk murid nya.