Membesarkan anak-anak adalah tugas dan tanggungjawab yang sering dipikul oleh para ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kadangkala anak-anak susah nak makan makanan yang dibekalkan kepada mereka dengan alasan ianya tidak menarik.
Namun naluri ibu sangat kuat dan bersedia untuk mempelbagaikan hidangan bekal untuk anak-anak mereka. Maka lahirlah apa yang di sebut BENTO.
Bento merupakan satu jenis pack makanan dari Jepun yang mana didalamnya terdapat pelbagai jenis makanan seperti nasi, ramen dan juga sushi serta sayur-sayuran.
Bagi seorang wanita berbangsa Iban dari Miri Sarawak, Puan Maricha Douglas yang menetap di Kuala Lumpur membuat bekal kepada 2 orang anaknya bukan sahaja satu tugas rutin tetapi mampu memberikan kepuasan bila susunan bentonya yang menarik membuatkan anak-anak teruja untuk memakan makanan yang dibekalkan.
Mungkin ada dikalangan ibubapa boleh mengambil contoh ini dalam penyediaan Bento untuk anak-anak.
Yang penting anak-anak suka dan jimat belanja