6D, 6DA & 7D No Plat Kenderaan Sarawak yang Popular di Malaya

4978

6DA? Aii ada juga diplomat pakai kereta Honda Ferio? Kata sepupu saya bila melihat sebuah kereta Honda fFrio memotong kereta yang dipandunya.

Eh.. Tu kereta Sarawak laaa… Bukan kereta diplomat. Saya menjelaskan.

Sepupu saya masih ragu-ragu sebab nombor plat yang unik biasanya digunakan oleh diplomat.

Itulah yang berlaku hampir 20 tahun lepas semasa saya balik ke Perak.

Hari ini plat Sarawak dikenali dengan awalan aksara Q. Namun saya merasa bertuah kerana pernah melihat plat awalan 6D, 6DA dan 7D semasa mengajar di Saratok dahulu.

Plat awalan 6D dan 7D ini mula dihentikan pada tahun 1991. Ia di ganti dengan awalan QR dan QP.

6D ini merupakan plat yang mewakili Division ke 6 (Bahagian ke 6) iaitu bahagian Sarikei dan 7D ialah bahagian ke 7 iaitu Kapit.

Meskipun pengeluaran no plat ini dihentikan pada 1991 namun ia masih menjadi pilihan terutamanya guru-guru semenanjung untuk membeli no plat 6D, 6DA dan 7D untuk didaftarkan pada motorsikal atau kereta mereka.

Pada tahun 1996 semasa saya mula membeli motosikal di Sarikei saya pernah ditawarkan plat 6DA dengan harga RM300. Namun saya menolak kerana lebih berminat untuk menggunakan plat awalan QR.

Tetapi rakan rakan guru terutamanya dari Kelantan memang mencari no plat awalan 6D, 6DA dan 7D kerana huruf D adalah no plate negeri Kelantan.

Jadi pemilik kereta atau motorsikal 6D dan 7D dari kelantan boleh berbangga dengan no plat Sarikei dan Kapit ini kerana ia lebih unik dan pasti mencuri perhatian.

Bagi pemilik no plat 6D, 6DA dan 7D di semenanjung mereka pasti akan mengambil peluang beramah mesra setiap kali berselisih di jalanraya, lebuhraya dan dihentian rehat dan rawat.

Bila mereka memarkir kereta, pemandu akan keluar dan bertanya.. Pernah duduk Sarikei atau Kapit? Mereka saling bersalaman dan bersilaturahim dan mula bercerita tentang pengalaman indah di Sarawak.

Kesimpulannya bagi kakitangan kerajaan yang memiliki no plat istimewa ini bukan sahaja berbangga dengan keunikan no plat Sarawak mereka malah mereka turut berbangga menjadi sebahagian dari Sarawak yang indah dan harmoni.

Comments

comments