‘Cigu, Aku Teda Suda Bapak : Keluhan Anak Murid Sabahan di Klang

Guru itu penuh dengan cerita. Ada cerita duka ada cerita suka. Namun cerita yang ditemui oleh guru dikalangan anak muridnya biasanya memberikan keinsafan. Rasa kagum melihat betapa tabahnya murid menongkah cabaran hidup dengan sabar. Namun sekali sekala mereka tewas juga dan mengadu kepada guru tentang kesedihan mereka. Lebih lebih mereka yang kehilangan ibu dan bapa.

Hari ini saya ingin kongsikan kisah yang ditulis oleh seorang guru di Klang Selangor iaitu cikgu Norfaisal atau di kenali dengan nama facebooknya, Pe Chey. Sahabat cikgu bolehlah follow cikgu Pe Chey untuk membaca diari hidup tentang kehidupan sebagai guru.

Tulisan Cikgu Pe Chey

Pihak sekolah edarkan borang permohonan bantuan persekolahan sejak ‘Senin’ lagi. Aku guru kelas. Tukang edar dan kutip borang. Semalam dengan hari ni, belum semua yang pulangkan balik borang ni. Aku sabar.

Biasalah tu. Bila bab pulangkan balik borang memang lambat tapi bab nak dapatkan bantuan memang tak de pun yang penyabar macam Sabariah. Penyakit betul. Malas aku nak viralkan pasal ni. Nanti nampak sangat aku tak bijak.

Tadi, datangla si ‘cinonet’ ni kat meja aku. Mulutnya ‘beyret’ bercerita. Aku sengih menengokkan wajahnya yang cute macam Mira Filza. Ngam sungguhlah dengan cikgunya yang tampan macam Reymi Ishak🙊.

” Cigu, aku teda suda bapak”. Senget bibir dia gitau.

” Uik, mana bapakmu? Meninggal sudaka?” Aku tanya balik dia.

“Anu ba, bapak ku sanaaa pulang kampung suda dia”. Dia menyambung.

“Adeh, tidak cigu paham ni tau”. Aku makin tak paham tapi cuba memahami.

Dia pun bisik kat telinga aku.

” Bacarai suda ba cigu”. Slow, steady and lonely je aku dengar.

” Alah, jadik ko tinggal sama sepa ba ini?” Aku tetiba murung macam burung kelicap. Memang aku cepat murung betul bila dengar cerita gini dari anak murid.

” Mamaku. Mama sana kerja GM. Nenek pun tinggal sama mama.” Dia bagi penutup kekeliruan aku.

” Semua mama yang kasi bali cikgu. Baju, kasut, buku, yuran semuanya mama. Nasib aku saturang jak. Teda lain”.

Aku renung muka dia. Aku gitau dia.

“Atin, belajarla kau rajin-rajin arrr. Kasian sama mamamu. Panat dia kerja carik duit. Kau sayangkan mamamu?”. Air mata dia tertumpah mengalir perlahan. Jiwa anak kecil seusia 8 tahun berombak. Mungkin di suatu sudut daerah hatinya, telah lama terguris lantaran cakaran hidup yang keras dan kasar.

Tadi, aku terbaca di page, seorang ibu tunggal, muallaf, anak 4 ke 5 orang, hidup melarat. Tular kisahnya setelah 2 orang anak menyelongkar tong sampah mencari makanan. Allah😥. Bagaimana jerihnya si ibu yang menanggung beban keseorangan. Saudara baru pula tu. Apa dosa dia? Bekas suami pulak entah ke mana tanpa menghulur nafkah mungkin. 😥

– Kisah hidup yang memang tak pernah sunyi dari derita. Aku kaget. Kenapa, mengapa dan bagaimana. Buntu. Tiada jawapan. Kesusahan terus menerus.
#NfI

Comments

comments