Antara kebanggaan sesuatu kaum itu ialah keunikan makanannya. Jadi makanan juga merupakan lambang budaya dan tradisi kaum tersebut yang boleh ketengahkan sebagai sesuatu yang unik.
Sebagai seorang insta famous atau social influencer dalam media sosia, mereka mempunyai ratusan ribu hingga jutaan pengikut. Maka apa yang diperkatakan oleh mereka akan menjadi rujukan followers.
Baru-baru ini seorang insta famous telah memberikan komen terhadap masakan tradisi Sabah dan Sarawak iaitu Ambuyat atau di Sarawak dikenali sebagai Linut.
Komen yang mengibaratkan bahawa bagai menelan KAHAK telah menyinggung hati masyarakat Sabah dan Sarawak.
Saya berpandangan instafamous tersebut menilai ambuyat dari penampilan semata-mata bukan rasa. Sebab itu bila MAKAN kena disusuli ADAB.
Jika kita hormat MAKANAN maka kita lihat yang sedap dan sekaligus lidah menikmati keenakan. Tapi kalau di gentel-gentel dia juih bibir berkerut muka memaksa makanan itu masuk ke tekak dan kemudian berkata rasa seperti menelan kahak… Itu dah kurang ajar pada makanan.
Kalau kita ke Vietnam… Kita akan jumpa serangga goreng dan melihat orang vietnam makan dengan penuh nikmat. Ini kerana mereka melihat serangga itu sesuatu yang sedap dimakan. Kita yang bukan bangsa makan lipas atau cengkerik..hendaklah senyap atau berpaling sahaja melihat sesuatu yang senang dimata kita.
Tapi kalau diri sendiri yang GATAL MULUT nak cuba kemudian buat buat muntah… Dan cakap teruknya makanan ini… Apakah perasaan orang tempatan?
Saya sendiri yang berasal dari Perak bila ditawarkan AMBUYAT atau LINUT saya tahu bahannya terdiri daripada tepung sagu atau lemantak..
Di cicah dengan sambal belacan…diperitkan cili sedikit dan menyuapkan ke mulut sambil lidah menikmati rasa pedas, masin dan tawar bergabung hingga melahirkan rasa sedap dan mahu mencuba lagi.
Tak terfikir saya nak kaitkan Linut ini dengan benda yang tak senonoh. Sebab saya tahu asalnya dari tepung sagu.
Orang yang sering memperlekehkan makanan kaum ini biasanya orang yang hipokrit dan merasakan diri mereka bagus agaknya.
Semoga tiada lagi cuba memperlekehkan makanan kerana ia jelas bukan dianjurkan oleh Islam. Makanan itu rezeki.
Apa kata orang Kelantan kalau orang luar hina budu sebagai busuk macam air kumbahan longkang? Tentu orang Kelantan kecil hati. Sedangkan budu itulah penyedap rasa makanan kita.
Demikian juga bila kita melihat orang barat menghina durian sebagai rotten chesse….kita akan tersinggung kan?
Jadi sesama kita hendaklah berlapang dada. Makanan dengan niat yang ikhlas…hargai makanan tradisional orang lain..kerana melalui makanan kita kenal budi orang.
Jom cuba makan ulat mulong… Ada berani?