Dia hanya seorang staff di Bintulu Development Authority. Sedia maklum tugas beliau pasti bermula di pejabat seawal jam 8 pagi dan tamat jam 5 petang.
Bagi sesetengah kakitangan kerajaan lain. Waktu petang akan digunakan untuk bersenam beriadah dan malamnya akan berehat menanti keesokan harinya.
Namun bagi Saudara Saiful Sawar Suud dari Bintulu masa malamnya digunakan untuk memasak kek lapis kukus dan kek buah yang menjadi kegemaranya.
Kek lapis ini dibuat untuk memenuhi tempahan pelanggan di serata Bintulu.
Bila ditanya apakah beliau memiliki kek ciptaan eklsusif untuk tempahan? Saiful menjawab
“Ada juga..saya sinonim dgn kek buah SD ketika ini. Kalau dahulunya popular dgn kek lapis india & bbrp kek lain berdasarkan permintaan ramai. Terkini saya cuba utk mengabungkan kek masam manis & prune menjadi satu kek lapis. Selain itu saya popular dgn pembuatan Cracker Chicken Pie.”
Menurut Saiful lagi kek beliau bukan sahaja ditempah di seluruh Sarawak malah sudah mula dikenali di semenanjung dan di negara jiran Brunei serta pernah dibeli oleh rakan rakan dari luar negara.
“Setakat ini kek saya sudah pun berada di Canada,Arab Saudi,Indonesia,Singapura & beberapa negara lain.” kata Saiful lagi.
Terdapat beberapa produk lain selain kek yang dihasilkan oleh beliau selain kek beliau turut menghasilkan Cracker Chicken Pie,Roti Sarang & Terkini Sagu Combo Set yg mengandungi Sagu Terbaik dari Medong Dalat, Sarawak dicampurkan dengan Ikan Bilis, Kacang Tanah & Sesar Unjur iaitu Udang laut yg dipanggang memanjang dan boleh diperolehi di Belawai,Pulau Bruit & Matu.
Cabaran utama bila mula menceburkan diri dalam bidang inu ialah berhadapan dengan kos / harga barangan mentah yang meningkat di pasaran serta tidak menentu selain bekalan yang tidak mencukupi.
Saiful turut menjelaskan bagaimana dia membahagikan masa memasak dan bekerja. Menurut beliau:
“Saya bertugas mengikut syif & hujung minggu pun bkerja. Selalunya selepas waktu pejabat saya akan mula sehingga tengah mlm. Jika hujung minggu saya akan menumpukan sepenuh masa & perhatian dlm pembuatan kek.”
Harapan Saiful hanyalah satu…iaitu memberi kepuasan yg berterusan kpd pelanggan2 & sentiasa memantapkan lagi skill serta kualiti product yg di hasilkan.
Semoga dapat berkembang maju.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kek lapis awesome bolehlah hubungi Saiful Delight Homemade Kek Lapis atau popular dgn SD
Atau hubungi
0128757925