Masalah kepadatan penumpang dari Sibu ke Kapit menyebabkan beberapa perjalanan bot ekspress tidak dapat singgah di Pekan Song.
Ini menyebabkan penduduk di sekitar Song tidak dapat keluar ke Kapit mahupun ke Sibu untuk melaksanakan urusan seharian.
Malah yang lebih menyedihkan ia turut mengganggu jadual perjalanan penduduk luar Song yang berkhidmat disini untuk pulang ke kampung.
Di fahamkan bot ekspress dari Kapit ke Sibu pada jam 11.15 tidak berhenti di Song kerana padat dengan penumpang.
Begitu juga bot ekspress dari Kapit ke Sibu pada jam 2.00 petang tidak berhenti di Song atas sebab yang sama.
Ini menyebabkan ramai penumpang dari Song tidak dapat keluar dari pekan ini.
Ada guru-guru yang terkandas juga kerana tidak dapat keluar balik ke kampung halaman mengikut jadual hingga ada yang terpaksa menanggung kerugian kerana membatalkan penerbangan akibat lewat sampai ke lapangan terbang.
Seorang guru, Cikgu Kamil Ujang berharap pihak kerajaan negeri ataupun pusat mempercepatkan pembinaan jalanraya supaya dengan adanya rangkaian jalanraya ini memudahkan urusan keluar masuk tanpa mengikut jadual ekspress.