Mungkin mereka hanya anak Penan dari sekolah kecil yang terpencil di pedalaman Baram. Namun mereka mempunyai impian untuk menjadi pelari pecut yang terkenal suatu hari ini.
Impian ini bukan sekadar angan-angan sebaliknya ia adalah bintang dalam bikinan. Guru-guru menjadi faktor dorongan buat Martin Engan, Carolline Tak, Erni Ab Raseh dari Long Sait untuk menakluk dunia olahraga.
Namun bagi cikgu Mohamad Norhakimi dari Grik Perak, Cikgu Mohd Fathi dari Kuching dan Cikgu Liew Teck Mee dari Sibu guru bukan sekadar menyampaikan ilmu namun harus berfikiran kreatif bagi membantu anak didiknya mengembangkan potensi diri.
Usaha ketiga-tiga mereka ini membantu murid mereka yang untuk layak dalam kejohanan MSSD Miri menghasilkan inovasi berupa STARTING BLOCK daripada kayu papan lapis.
Hasil lakaran Cikgu Nohakimi dan Cikgu Mohd Fathi mereka menghasilkan starting block ini bagi membiasakan anak-anak muridnya yang terlibat dalam latihan larian pecut untuk persediaan kejohanan olahraga MSSD Baram.
Kekurangan kemudahan tidak mematahkan semangat Cikgu Norhakimi bersama rakannya Cikgu Liew Teck Mee dan Cikgu Mohd Fathi untuk memastikan muridnya berjaya mewakili daerah.
Kegigihan tiga orang guru ini membuahkan hasil apabila Martin Engan berjaya dalam acara 100m, 200m, 4x100m, 4x200m. Carolline Tak dalam acara 60m, 100m, 4x100m, dan Erni Ab Raseh berjaya 200m, 4x200m. Ketiga anak Penan ini berjaya mewakili Daerah Baram ke kejohanan di Miri.
Tahniah Cikgu Norhakimi, Cikgu Mohd Fathi dan Cikgu Liew dari SK Long Sait
Dari hulu sempadan Kalimantan / Sarawak menuju puncak kejayaan.
Sekira ada yang mahu menyumbang kasut track alatan sukan pada anak-anak SK Long Sait ini bolehlah pm cikgu Ed Hakimi. Mereka tidak meminta tapi saya yang mencadangkan agar kita bantu anak-anak penan ini supaya berjaya menjadi atlit yang berjaya.