Guru P3 Besar Elaunnya Tapi Tak Semestinya KAYA!

Satu hari ada rakan mengadu dengan saya. Rakan saya ni orang Perak juga tapi dah dekat 5 tahun mengajar di pedalaman. Malah sekolahnya dikategorikan sebagai sekolah P3.

Boringlah cikgu… dengus dia.

Kenapa? Tak lulus egtukar ke? Soal saya kembali.

Bukan cikgu… Setiap kali balik Perak selalu kena sindir dengan kawan-kawan. Jelasnya lagi.

Hai… Kenapa pulak ni? Mereka tak suka kamu ngajor di Sarawak ke? Soal saya lagi.

“Macam ni… Masa start cuti, saya tak balik rumah dulu. Saya dah booking tiket ke Australia. Jadi saya dan beberapa rakan lain ke Perth. Kebetulan tiket murah cikgu. Pergi balik tak sampai pun RM800”

“Bila saya balik dari Perth baru lah saya pulang bercuti ke kampung. Hmmm apa lagi. Bila jumpa saudara mara, sepupu dan kawan-kawan ramai yang kata saya ni sombong. Mentang mentang mengajar di Sarawak, Elaun banyak… Kaya duduk sarawak ni.. Sampai lupa keluarga di kampung. Nak balik pun tak lama. Berjalan dulu ke luar negara.”Jelas rakan saya sambil mengosok rambutnya yang kusut.

Ohh tapi kamu dapat RM1500 sebulan elaun pedalaman kan? Memanglah banyak duit. Saya cuba memanaskan situasi.

Tapi cikgu, mereka tak fikir ke dari ulu nak ke bandar tu tambang bot je dah RM200 sekali keluar. Belum lagi kalau ada panggilan kursus. PPD tak bayar kadar RM200 tu.

Lagi satu kalau kami nak ke bandar terdekat bukan setiap minggu dapat pergi. Sekali pergi banyak duit digunakan untuk membayar harga barang mentah yang dibawa dari bandar. Upah orang tolong angkat barang lagi. Hmmm bila ada duit lebih kami simpan. Sebab hujung tahun sebelum sekolah buka kami melancong untuk tenangkan hati dan hiburkan diri sebelum sekolah dibuka semula dan kami berkhidmat kembali di pedalaman. Tak salahkan?

Ye tak salah. Memang patut pun kamu berlibur sebelum kembali ke sekolah.

Memang benar, ramai orang awam ingat guru-guru pedalaman ni kaya raya sebab banyak elaun dan jarang keluar. Jadi duit berkepuk-kepuk.

Saya ada rakan guru yang guna duit elaun dia untuk set up kelab memanah. Banyak wang dilaburkan.

Ada guru terpaksa selenggarakan kereta pacuan 4 roda hingga beribu ringgit sebab selalu meredah jalan balak.

Kredit Foto: Mohd Zikrilhakim Ramly

Ada guru yang menyewa bot hingga ratusan ringgit semata-mata bawa anak sendiri ke hospital di bandar.

Kredit Foto: Syazwan Sanosi

Ada guru yang beli janakuasa sendiri sebab janakuasa sekolah selalu meragam. Belum lagi guru-guru guna duit sendiri untuk murid-murid mereka.

Oleh itu janganlah mengata guru-guru pedalaman di Sarawak dan Sabah ini sebagai orang kaya.

Ya mereka mungkin nampak kaya bila hujung tahun balik KL, pergi umrah, bercuti di Bali dan berlibur di Sydney. Tapi peritnya mereka selepas itu tiada siapa yang tahu.

Memang celaka betul, sergah kawan saya. Kalau ye pun orang mengata kamu jangan lah marah, tegur saya atas keceluparan mulutnya

Bukan gu. Saya geram PSG kalah dengan MU. Katanya sambil menjuih mulut kearah status Astro Arena di FB

Comments

comments