Jadi Selebriti Bukan Satu Dosa: Pandangan Cikgu Normujaidah Osman Tentang Pak Nil sebagai Ikon PAK21

Terbaca tentang Anugerah Ikon PAK 21 yang telah diberikan kepada Paknil.

Ada yang bersetuju dan ucap tahniah tapi ramai pula yang mempertikaikan anugerah tersebut. Malah ada yang meminta supaya kementerian menarik balik anugerah ini kerana katanya beliau tidak layak.

Ada pula yang sarankan beliau dilantik sebagai duta , bukan ikon. Itu lebih sesuai.

Saya cuba cari makna dua perkataan ini. Duta dan ikon.

Ikon bermaksud simbol.
Duta bermaksud wakil.

Itu makna mengikut kamus dewan yang saya selidiki.

Jadi Paknil dilantik sebagai simbol pembelajaran abad ini yang sudah berdepan naratif baharu.

Pembelajaran abad ini bukan hanya terikat kepada traffic light, parking lot dan sebagainya. Itu hanya alat atau tools.

Habis tu kenapa Paknil? Apa sumbangan Paknil dalam pembelajaran abad ini?

Kerana dia pernah berada dalam tim Akademi Fantasia ke?

Atau kerana dia pernah ajar anak- anak dalam rancangan Tom Tom Bak?

Sebetulnya, saya sendiri tidak tahu.

Tapi carian saya di internet menemukan saya kepada nama ini, Yayasan Pesona.

Berita tentang yayasan ini boleh dibaca di link berikut.

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/04/417251/buang-glamor-demi-yayasan-pesona

Barangkali apa yang beliau perjuangkan melalui Yayasan Pesona dilihat menepati naratif baharu ini.

Kelebihan beliau sebagai selebriti pula adalah satu nilai tambah. Simbol yang telah dikenali ramai.

Kalau jadi duta maksudnya macam jadi wakil kementerian lah pula, nak terangkan segala bagai pasal pembelajaran.
( Kalau ikut makna -wakil, sebagaimana dalam kamus dewan lah)

Macam duta produk. Terangkan tentang kelebihan produk.

Kerana itu, saya bersetuju dengan anugerah ini.

Ini pandangan saya.

I dare to differ.

Tapi , saya juga hormati pandangan tuan dan cik puan yang berbeza.

Ada sekolah di Pontian melantik Ketua Kampung sebagai Ikon PA 21 peringkat sekolah kerana beliau banyak memberikan sokongan berupa sumbangan idea dan tenaga kepada proses PdPC di sekolah tersebut.

Apakah ini bermaksud beliau lebih tahu PAK 21 berbanding para guru?

Dalam konteks ini , adakah sekolah tersebut juga tersilap percaturan dalam melantik ikon mereka?

Sebagaimana saya rasa sedih apabila sahabat- sahabat guru menerima APC dan dituduh tidak layak dan suka mengampu boss, begitulah juga perasaan saya ketika membaca kecaman netizen kepada Paknil dan pihak Kementerian yang membuat penilaian.

Saya sendiri sebenarnya sedang berusaha melihat kebaikan dan budi orang lain melebihi kebaikan dan budi sendiri.

Barangkali ada kebaikan dan budi Paknil kepada proses pendidikan anak- anak gelandangan khususnya, yang belum didendangkan.

Atau mungkin ada, tapi kita kurang cakna atau kurang membaca.

Wallahuakalam.

Ala kulli hal, saya bangga dengan Paknil atas anugerah ini.

Tahniah Paknil.

Tahniah KPM.

Semoga pendidikan di Malaysia terus dimartabatkan.

NORMUJAIDAH OSMAN.
Jadi selebriti bukan dosa.

P/S : Siapa yang nak jemput Paknil datang ke sekolah, boleh hubungi Yayasan Pesona ya.

Sumber: Cikgu Normujaidah Osman

Comments

comments