Pengalaman seorang pegawai di unit pengurusan akademik pejabat pendidikan daerah Sebauh di Bintulu sememangnya mahal. Beliau yang keletihan selepas hadir di satu majlis rasmi telah singgah di rumah bekas muridnya untuk bermalam.
Meskipun rumah yang ditumpanginya itu bukanlah rumah orang berada tetapi rumah biasa-biasa sahaja namun layanan istimewa tuan rumah terhadapnya sangat mengujakan beliau.
Apa yang mengkagumkan Encik Hasmiyuhairi bin Yusof, pegawai UPA ini ialah kebahagiaan keluarga ini walaupun hidup serba kekurangan. Rumah mereka kelihatan terurus, kemas dan teratur susunannya.
Kita baca tulisan Cikgu Hasmiyuhairi atau lebih dikenali di fb dengan nama Eyie Yusoff.
Dua malam lepas dapat peluang tumpang tidur rumah anak pelajar saya. Sebab dah lewat sangat lepas dinner nak balik Sebauh. Rumah sewa. Kecil saja rumah dia. Kat situ la ruang tidur, situ la ruang tamu, situ la dapur. Ada 1 bilik kecil tak ada pintu untuk adik perempuan Form 1. Bilik mandi & bilik air pula ada di luar rumah. RM 150/month. Mak, bapak dan adik 2 orang duduk sekali.
Banyak kali dia mintak maaf pada saya. Risau kata dia kalau cikgu tak selesa. Dia tak tau. setelah sekian lama cikgu rasa bahagia sangat-sangat. Sebab cikgu rasa mak bapak dia memang mak bapak yang awesome.
Dalam keciknya rumah dia ni tapi penuh dengan unsur kebahagiaan jelas terpancar. Penuh dengan sistem. Penuh dengan tanggungjawab dan amanah. Penuh dengan kesempurnaan walau dalam kekurangan. Allahu. Jujur cikgu rasa bahagia dan gembira sangat.
Terima kasih sebab mengajar cikgu sesuatu. Keluarga awak dah ajar cikgu yang kebahagiaan hidup berkeluarga terletak pada isi kesempurnaan dalam kekurangan didalamnya. Bukan pada struktur dan keindahan luaran semata.
Semoga kita semua dapat mencari erti bahagia dalam berkeluarga seperti mana keluarga anak didik saya ini yaaaa. InsyaAllah. Semoga bermanfaat.
Kawan-kawan. Doakan keluarga anak ini terus murah rezeki dan selamanya bahagia yaaa kawan-kawan. Ayah dia setiap hari cari rezeki pancing ikan di sungai. Mak pulak akan ambil upah bersih kawasan sekali sekali bila ada kekosongan. Belum ada kerja tetap. Doakan la yaa mana tahu dapat kerja tetap lepas ni.
.
P/s: dah lama sebenarnya cikgu nak rasa tidur rumah ni sebab dari dulu cikgu mmg nampak kamu bahagia dan gembira. Tak pernah segan dan malu dengan status kekurangan keluarga. Tp hari tu dah dapat tawaran tumpang tidur. Jadi cikgu dengan sangat berbesar hati terima.