Peninju hebat dunia Muhammad Ali pernah berkata mereka yang tidak berani untuk mengambil risiko tidak akan mencapai apa-apa dalam kehidupan.
Sebagai anak muda, kita digalakkan berusaha dan keluar dari zon selesa adalah satu daripada langkahnya. Namun pasti ramai yang kurang pasti dan tertanya-tanya apakah itu zon selesa.
Zon selesa adalah ruang atau situasi kita selesa berada di dalamnya. Ruang dan situasi ini lama- kelamaan membuatkan kita berasa terlalu selamat dan tidak mahu keluar daripadanya.
Simptom zon selesa:
Walaupun kita sibuk, namun kita masih tidak mendapat kepuasan. Impian sebenar kita masih di tahap ‘tunggu dulu’.
Walaupun berlaku sedikit perubahan kita berasakan tidak selesa dan berdebar.
Sentiasa berfikir untuk melepaskan impian bukan keselesaan sekarang.
Menurut penulis dan pakar motivasi dari Amerika Syarikat, Bo Parrish dalam zon ini, kita tidak mengalami sebarang emosi yang ketara dan perasaan yang ada hanya statik saja.
Langkah keluar dari zon selesa:
Tulis matlamat yang tepat. ‘Saya mahu kerja yang lebih baik’, adalah matlamat yang terlalu kabur.
Sebaliknya katakan ‘saya mahu pekerjaan yang memberikan saya kebebasan kewangan dan kepuasan peribadi sementara masih memberikan saya masa yang cukup untuk bersama keluarga.’
Tulis semua pemikiran negatif yang mungkin menghalang kita daripada mencapai impian sendiri. sebagai contoh ‘saya terlalu tua untuk melakukan ini’, ‘saya tidak akan mendapat wang yang cukup untuk hidup.’
Apabila selesai, baca setiap pemikiran negatif itu dengan kuat dengan memulakannya dengan ayat ini ‘saya melepaskan kepercayaan negatif ini daripada ia terus menghantui hidup saya.’
Fikirkan apakah pencapaian atau yang kita ada yang menampakkan kita boleh mencapai matlamat kita. Walaupun tidak banyak atau tidak kuat, kita sudah ada batu loncatan.
Beri matlamat atau impian kita satu jangka masa. Ini akan membantu kita mengelak penangguhan.
Mulakan dengan memiliki satu jurnal khas. Tulis misi dan pelan untuk mencapainya dengan jelas. Dari semasa ke semasa, catatkan apa yang kita lakukan untuk mencapainya.
Bina jaringan keselamatan. Maksudnya, pastikan anda tahu siapa yang boleh anda hubungi dan minta nasihat pada waktu sukar. Ibu bapa, rakan baik atau mentor mungkin boleh membantu memberi motivasi.
Begitulah.
Hafizul Hakim
Selamat pagi!