Persepsi terhadap guru : GURU, WHITEBOARD dan UCAPAN

Disclaimer: Tulisan ini bukan tulisan saya. Saya hanya berkongsi satu hantaran yang di terima melalui Whatsapps.

Tulisan ini di kreditkan kepada Cikgu Wan Mohd Sopi.

Cerita seorang guru sekolah..disediakan satu white board..bebas dan terbuka.

Datang seorang pelajar yang gagal satu subjek, lalu dia menulis di white board, guru ini baik tapi tidak pandai mengajar.

Tak lama kemudian datang seorang pelajar pandai, lalu dia menulis di white board, guru ini sangat baik dan sangat pandai mengajar,

Datang seorang pelajar yang gagal banyak subjek lalu menulis guru sekolah ini tidak berkualiti tidak pandai mengajar.

Tak kala riuh di sekolah, datang seorang pelajar score A dalam semua subjek lalu ia menulis di white board itu..sekolah ini amat bagus sekali, guru-gurunya sangat baik hati…sangat memahami dan suka membantu pelajarnya..

Datang seorang bekas pelajar sekolah ini yang amat berjaya dalam hidupnya, lalu menulis di white board..sekolah ini amat berjasa, membawa berkat kepada ku dan guru-gurunya sangat pandai mengajar dan mendidik ..

Kemudian datang seseorang yang tak dikenali lalu menulis di white board itu..buang masa mendengar apa yang cikgu cakap dan tiada apa-apa aku dan anak aku dapat di sekolah ini.

Kemudian datanglah pengetua sekolah itu..lalu memadamkan semua yang tertulis di white board itu..terpadamlah semua tulisan di white board itu..white board itu kembali putih dan bersih..pengetua itu berpesan kepada gurunya. Apa yang aku pesan kepada diriku, rupanya sama dengan pesanan pengetua itu..apa pesan itu..hayati pesan itu..

“Maka janganlah risau kata orang, kerana setiap orang membaca dunia pendidikan dengan tafsiran pemahaman dan pengalaman yang berbeza …

Teruslah melangkah selama engkau berada di jalan dan laluan yang baik..meski pun terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai..

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada sesiapa pun….

Yang menyukai dan menghargai mu, tak perlu tahu semua kebaikan yang kamu lakukan.. dan yang membenci mu, tidak akan percaya tentang kebaikan yang masih ada pada diri mu..

Hidup bukan siapa-siapa yang terbaik..tetapi hidup tentang siapa-siapa yang hendak berbuat baik dan yang sentiasa memperbaiki diri..

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza, pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua hambaNya…

Kita bukan siapa-siapa untuk menilai siapa-siapa..

Hapuskan prasangka buruk, jangan kata, buang masa dan tiada apa yang saya dapat setelah membaca apa yang aku tulis ini, aku telan apa yang engkau kata, walaupun kata-kata itu tidak bisa untuk aku telan..itulah aku seorang pendidik, aku tetap pendidik, aku tetap mendidik dan terus membimbing anak-anak ini, berjaya atau tidak aku tetap berusaha. kerana setiap orang ada penilaian berbeza.. Eratkan silaturrahim, walau dengan sekadar doa yang ringkas..

Wallahu a’lam
Kredit to Cikgu Wan Mohd Sopi

Comments

comments