Bagaimana suami boleh bantu isteri shopping : Tips Hafizul Hakim

305

Semalam temankan bidadari shopping. Alhamdulillah tak ambik masa lama untuk pilih kasut. Perempuan ni, kalau kita nak tahu dia dah suka kat kita – kita boleh agak bila.

Tapi kalau bab pilih barang, haa ini mencabar sikit. Takde petanda bila mereka dah muktamad apa nak dibeli.

Mood mereka main peranan utama. Silap haribulan, hari tu tak beli apa pun, terpaksa cari masa lain untuk beli. Nah para suami, saya kongsi tips.

1. Jangan main henfon masa isteri pilih barang. Follow rapat-rapat belakang dia. Kalau nak jugak duduk, jangan lupa cakap:

“Sayang, take your time pilih. Saya duduk dulu.”

Ada beza tau, kalau masuk kedai ko duduk terus. Nampak sangat ko tak suka. Haha!

2. Kalau isteri mintak ‘suggestion’ yang mana sesuai. Ko pilih dua design yang terbaik. Jangan lebih. Ini untuk kurangkan masa ‘kiraan logik’ mereka ambik.

Rumus orang lelaki simple. Wanita mungkin pakai rumus ‘advance math’. Senang cerita, bayangkan ini momen dia setuju jadi isteri ko dulu. Haa nampak serius. Haha!

3. Kalau isteri mintak pendapat warna apa yang cantik. Tanyakan semula warna kasut mana ‘matching’ dengan majoriti kaler pakaian yang dia ada.

Lepas tu ‘jack’ lah sikit. Bagitau laa dia nampak elegan dan proffesional kalau pilih yang itu. Ko jangan pulak pakai perkataan ‘futuristik’.

Ingat dia nak beli kereta terbang kah apa?

4. Kontrol mimik muka. Elakkan mencebik. Senyum je. Aku pun tak tau nape isteri asyik pandang muka kita masa pilih barang. Haha!

5. Masa dah habis bayar, elak tanya dua soalan ni.

“Dah puas shopping?”

“Nak beli barang lain?”

Ah sudah kau.

Ini tips kalau keluar berdua. Kalau bawak anak-anak ini lagi mudah. Ko offer diri bawak anak pergi main kat tempat playground. Sebelum tu cakap kat bidadari:

“Awak shopping sendiri ye. Saya percaya yang awak pilih tu adalah yang terbaik. Macam awak pilih saya. Good luck, caiyok!”

Ko tengok dia berlalu pergi sampai tak nampak lagi. Buat jari simbol love yang bebudak korea selalu buat tu. Haha. So itu aje. Semoga berjaya.

Hafizul Hakim
Wakil Persatuan Suami Sedunia

Comments

comments