EgTukar : Muhasabah dan Bersangka baik dengan Allah

Tertarik membaca coretan salah seorang guru dalam group Eg Tukar dimana beliau berjaya dalam permohonan perpindahannya.

Kejayaan diperolehi selepas memohon beberapa kali pada tahun-tahun sebelumnya. Rupanya kegagalan permohonan beliau selepas beberapa kali merayu menyebabkan beliau mula muhasabah diri. Mungkin ada kekurangan pada diri sendiri. Maka untuk permohonan kesekian kalinya beliau memperbaiki ibadah solat, membuat amal kebajikan dan mengharapkan redha Allah. Akhirnya peemohonan seterusnya beliau mendapat khabar gembira.

Kesimpulannya doa itu adalah senjata kejayaan. Jangan putus berdoa pada Allah. Hatta derapan semut ditanah di dengar Allah apatah lagi bisikan doa kita semasa bersujud pasti didengar oleh Nya.

Mari kita baca coretan cikgu Ad Deenul Haq dalam hantaran beliau di facebook Eg Tukar. Semoga ada manaafat dan memberi kekuatan baharu untuk guru guru nanti.

Salam 21 ramadan.

Sedikit coretan buat sahabat eG tukar yang belum berjaya. Saya bukanlah sesiapa tapi saya mahu kongsi pengalaman saya sepanjang mohon eg tukar. Saya juga guru duka lara. Isteri di kelantan saya di selangor. Macam ² cara saya cuba untuk berpindah.

Tiap ² tahun saya gagal. Saya dah cuba minta tolong sana sini namun tetap gagal. Pergi KPM, JPN dan PPD. Merayu, menangis namun tetap gagal.

Tahun ni saya nekad saya tidak mahu minta tolong sesiapa dah. Sebab bila keputusan keluar saya akan kecewa. Tahun ni saya nak minta tolong dengan اَللّهُ sahaja. Saya ubah cara saya beramal. Sebelum ni saya lalai. Mengharapkan manusia tanpa kembali kepada pencipta. Maka kali ini saya sedar kesilapan saya dan saya berubah.

Saya ubah cara solat saya. Saya ubah cara doa saya. Selesai solat saya tidak lagi berdoa untuk dapat pindah tapi saya berdoa minta اَللّهُ berikan tempat TEMPAT untuk saya jalankan amanah sebagai guru, sebagai seorang suami dan seorang bapa.

Tiap-tiap malam saya akan bangun tahajud. Selesai tahajud saya mengaji baca yasin sampai ke subuh. Ya. Betul masa tidur saya berkurang tapi saya tenang. Mengajar di sekolah dengan rasa gembira dan bersemangat. Alhamdulillah saya tidak mengantuk.

Bila orang bertanya pasal egtukar, saya jawab saya redha. Dpt atau tidak mungkin ada hikmah. Saya redha se redhanya.

Alhamdulillah berkat bersangka baik dengan Allah dan perubahan yang saya lakukan bila keputusan eg tukar dua tiga hari lepas saya semak dan اَللّهُ dah makbulkan doa saya.
Sujud syukur yang tak terhingga.

Benarlah bila kita kembali kepada pencipta kita semua urusan menjadi mudah. Saya doakan sahabat yang belum berjaya akan berjaya pindah juga selepas ni.

Demikianlah coretan Cikgu Ad Deenul Haq. Semoga kita semua bersangka baik dengan Allah dalam segala urusan. Semuanya ada HIKMAH disebalik kejadian.

Comments

comments