Semuanya salah abah dan arwah mak kerana memaksa aku jadi cikgu. Tu yang aku keluh apabila keluar drp MPSAH..posting ke SK Jengka 21, Pahang gaji aku hanya RM475 pada masa tu. Sikit sangat!Sebelum aku masuk maktab..aku adalah pekerja kilang di Bayan Baru, Pulau Pinang dengan gaji yg cukup lumayan pada masa tu. Memang menyesal masa masuk maktab tu.
Tetapi semuanya mula berubah apabila 1997 berlaku kemelesetan ekonomi negara dan ramai rakan2 aku di kilang mula diberhentikan kerja. Aku tersentak dan terfikir, jika aku masih bekerja kilang masa tu…aku juga kemungkinan akan menjadi mangsa seperti rakan2ku yg lain.
Selepas itu, baru aku sedar bahawa paksaan abah dan arwah mak supaya aku menjadi seorg guru ada hikmahnya. Baru aku sedar Allah yg pilih aku utk menjalankan amanah ini. Tugas aku adalah menjadi salah seorg pendakwah iaitu memanusiakan manusia.
Sejak itu, aku mula redha dan bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab dan lebih ikhlas. Aku mula rasa seronok menjadi seorang guru. Alhamdulillah, baru 4 tahun berkhidmat nama aku telah dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (melintang) pada masa tu.
Aku rasa serba salah kerana rasa belum layak utk menerima anugerah yg besar seperti itu. Aku jumpa guru besar dan menolak dengan alasan belum cukup layak dan meminta supaya diberikan pada guru lain yg lebih layak. Aku lega..permintaan aku diterima. Namun tahun berikutnya aku sekali lagi dicalonkan dan aku tak boleh menolak kali ini atas permintaan guru besar. Alhamdulillah 2001 aku terima APC kali pertama.
Pada 2002 aku dikejutkan kerana diarahkan bertukar ke SK Serengkam iaitu antara sekolah yang paling teruk prestasi dan dikatakan sekolah buangan iaitu tempat guru2 yang bermasalah di daerah Maran pada ketika anak muridku hampir utk hadapi UPSR. Aku betul2 kecewa dan terasa seperti hilang semangat. Terasa seperti dianiaya. Hampir dalam tempoh 6 bulan jika bertemu dengan rakan2, soalan yg sering ditanya…”awak ada buat salah apa?”. Bayangkan apa perasaan aku masa tu.
Tapi…setiap sesuatu kejadian aku yakin ada hikmahnya. Aku cuba mencari keseronokan bekerja dengan cara membina hubungan baik dengan rakan guru serta masyarakat kampung. Alhamdulillah, kami dapat membina kerjasama yg sangat baik dan akhirnya SK Serengkam telah meningkat dalam pencapaian UPSR serta menjadi yang terbaik dalam Daerah Maran serta pernah berada pada kedudukan terbaik dalam negeri Pahang.
Di SK Serengkam, aku telah mula berinovasi mencipta inovasi ‘123 Box’ dan akhirnya pada 2010 aku telah berjaya menjadi Johan Guru Inovatif Negeri Pahang dan Johan Peringkat Kebangsaan.
Pada 2011 aku ditukarkan ke SK Maran. Aku redha dengan setiap pertukaran kerana tahu ada hikmahnya. Prinsip aku..di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Pada tahun tersebut aku sekali lagi dianugerahkan APC bagi kali ke2. Sesuatu yg tak aku sangka sama sekali. Alhamdulillah rezeki yg Allah beri padaku. Aku suka berinovasi..dan pada 2012 aku dan rakan mencipta Inovasi ‘Miracle Fingers’ dan sekali lagi telah dipilih sebagai Johan Guru Inovatif Pahang (Kumpulan) dan mendapat Naib Johan Guru Inovatif Kebangsaan.
Tahun 2015 aku mendapat surat arahan pertukaran ke Perak sebagai Guru Besar tanpa memohon apa2 pertukaran…ke SK Ldg Huntly dalam Daerah Manjung iaitu daerah aku sendiri. Alhamdulillah rezeki aku tanpa diduga. Aku tinggal dgn abah dan mak di kampung. Tapi isteri dan anak2 masih di Pahang. Selama setahun aku berulang alik antara Perak dan Pahang setiap minggu. Namun seperti biasa…aku tahu ada hikmah.
Oktober 2015, kami adik beradik kehilangan mak yang disayangi utk selamanya. Sedih sgt atas kehilangan ini. Tapi aku bersyukur dan sgt berpuas hati, pada 10 bulan terakhir aku dpt berkhidmat utk arwah mak..bantu meniaga di gerai makan, urut kaki mak tiap kali mak mengeluh lenguh kaki dan memenuhi kehendak mak yg tidak dapat aku buat ketika jauh di Pahang.
Oktober 2015 juga aku ditukarkan ke SK Beruas. Aku tetap aku…redha dan mencari hikmah atas setiap kejadian serta berpegang pada prinsip. Sepanjang berkhidmat aku tidak pernah mohon bertukar sekolah. Aku cuba buat sesuatu melalui kekuatan yang ada iaitu PIBG dan guru2 yg berkaliber. Hasilnya, aku direzekikan utk dapat APC pada tahun 2017 untuk kali ke 3.
Allahuakbar…baru 3 tahun jadi GB dah dpt APC? Serba salah aku dibuatnya…terus terang aku tak pergi ke majlis anugerah yang diadakan. Maafkan saya tuan PPD…bukan saya tak hargai atas pemilihan tuan tapi rasa belum layak utk terima. Aku tidak pernah impikan atau berhajat terhadap APC sepanjang perkhidmatan. Pada aku jika aku mengharap pada sesuatu, andai tak dpt aku akan kecewa dan hilang keikhlasan bekerja. Aku tahu rezeki adalah ketentuan Allah. Apapun..terima kasih tuan PPD kerana melihat kerja buat saya.
Aku terus laksanakan tugas dan berinovasi sepertimana minat aku. Alhamdulillah pada 2018 aku diiktiraf sebagai Johan Kepimpinan TMK Negeri Perak dan pada 2019 telah berjaya menjadi Johan Kepimpinan TMK Kebangsaan. Alhamdulillah…rezeki Allah. Aku bersyukur dapat bawa nama SK Beruas, PPD Manjung dan Perak ke peringkat Kebangsaan.
Terima kasih abah dan mak yang disayangi. Kalian berdua telah mengubah segalanya. Sekarang, GURU ADALAH HIDUPKU..
Nukilanku ketika Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di SPICE Pulau Pinang