Sudut Kanak-Kanak Masjid Jamek Kuching inisiatif proaktif sempena Ramadhan

Tulisan : Pengiran Nizam. M Rahman

[5.5.2019] Malam ini Insya Allah kita akan sama-sama mula bertarawih menandakan bermulanya Ramadan 1440h.

Kalian dah putuskan nak bertarawih dimana? Hmm, mesti dah rancang kan? Ada yang ke surau dan ada yang akan ke masjid-masjid betul tak?

Seperkara yang selalu menghantui ibu bapa yang ada anak-anak kecil bila nak berjemaah terawih di surau atau masjid adalah masalah tak ada orang nak jaga anak-anak kecil.

Bingung sebab bila bawa ke mesjid takut anak-anak tak terkawal dan mengganggu jemaah yang lain. Dengan perangai berlari sana sini, belum masuk lagi kes menangis dan segala bagai.

Jadi kepada yang menghadapi masalah begini, jemput datang berjemaah terawih di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Hal anak-anak kecik ni tak perlu bimbang. Kami ada sediakan SUDUT KANAK-KANAK khas untuk ibu bapak tempatkan anak-anak sementara sembahyang terawih.

Kat sudut tu nanti ada guru-guru dari Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (TATTARY) dan Ma’had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (MATTARY) akan tolong mengawasi anak-anak.

Ada juga disediakan permainan serta kit-kit pembelajaran supaya masa luang anak-anak tak terbuang begitu sahaja.

Selain itu, terawih juga akan dipimpin oleh Imam-Imam Al Hafiz dari MATTARY.

Kepada yang berjemaah, minuman air mineral juga ada disediakan di dalam peti sejuk-peti sejuk yang ditempatkan sekitar saf. Mudah bagi jemaah yang kehausan selepas bertarawih.

Di harap dengan kemudahan-kemudahan sebegini akan memberikan lebih keselesaan untuk kita beribadah di bulan yang mulia ni.

Jemput lah ke MASJID JAMEK NEGERI SARAWAK dan MASJID BANDARAYA KUCHING ok.

Comments

comments