Wanita Plus Size Tidak Cantik? Kecantikan itu Tidak Mengira Saiz Badan

Bersaiz besar sering dikaitkan dengan hodoh dan tidak menarik. Namun stigma ini semakin berkurangan dengan adanya apresiasi terhadap golongan bersaiz besar.

Ada diantara perempuan berbadan gempal ini mengikuti pertandingan ratu cantik atau pageant. Maka bila keluar di media sosial banyaklah netizen yang mencemuh dan mengecam peserta bersaiz besar ini dengan kata-kata yang boleh menghiris hati.

Ada diantara kata kata netizen ialah. Dah gemok nak perasan jadi ratu.

Baru-baru ini saya berpeluang menemuramah seorang juara Look of a Plus Size Beauty Pagent. Kelahiran Bintulu Syamim Arshad 31 tahun berjaya menewaskan 20 peserta lain.

Syamim turut bercerita cabaran dan halangan yang ditempuhinya

Saya gagal pada ujibakat pertama.

Saat itu dilanda perasaan hampa pada diri sendiri. Berasa rendah diri, saya menangis kecewa.

Tetapi suami tetap mendorong untuk cuba lagi ujibakat kedua. Kalau rezeki tak ke mana katanya, asalkan kita tak putus asa dan percaya pada diri.

Bertitik tolak dari ujibakat kedua itulah segala-galanya bermula. Sangat manis bila diingat semua kenangan bersama rakan-rakan peserta, team management dan semua pihak yang telah membantu saya.

Atas izin Allah SWT jua, saya dinobatkan sebagai juara Look of Plus Size 2019. Syukur Alhamdulillah, rezeki yang langsung tak pernah saya sangkakan.

Dengan ini, seikhlas hati saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang datang dari jauh mahupun dekat serta rakan-rakan yang tidak putus-putus memberi sokongan, doa dan kata-kata semangat sejak hari pertama saya diumumkan sebagai salah seorang finalis. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa anda semua.

Terima kasih tak terhingga juga saya ucapkan kepada pihak Xtravaganza Management kerana telah memberi kepercayaan kepada kami, 20 peserta Finalis Look of Plus Size 2019 untuk berdiri di pentas final bagi mengetengahkan bakat dan kebolehan kami.

Sememangnya ini satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. In shaa allah usaha murni pihak management untuk memartabatkan industri plus size di Malaysia akan membuka mata ramai pihak terutamanya wanita-wanita plus size sendiri.

Sudah tiba masanya untuk kita bangkit dan keluar dari pemikiran skeptikal bahawa ‘wanita plus size tidak cantik’ seperti wanita-wanita lain kerana semalam 20 orang wanita telah berdiri di atas pentas untuk mewakili anda dan membuktikan yang kecantikan itu tidak mengira saiz badan atau warna kulit.

Sejujurnya kemenangan ini adalah satu kejutan buat saya. Tidak pernah terlintas akan adanya peluang untuk menyertai pertandingan beauty pageant apatah lagi untuk bergelar juara.

Tetapi setiap yang berlaku itu sudah tertulis dan saya berjanji akan berusaha sehabis baik bersama-sama dengan semua pihak demi membangunkan industri berkaitan plus size di Malaysia.

Saya dengan perasaan rendah diri juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penaja busana dan aksesori saya, para wartawan baik dari media massa atau elektronik, para jurugambar, juruvideo, para makeup artist, hair & hijab stylist dan para penonton yang sudi hadir memeriahkan majlis kami semalam.

Istimewa buat Mak dan Bapak, Suami, seluruh keluarga dan sahabat, I love you all.

“Tanpa anda semua, saya bukan siapa-siapa. ”

Syamim Arshad,
Percayakan dirimu!

Ternyata apa yang penting ialah berada dipentas pagent ini bukan sekadar untuk memeragakan kecantikan namun lebih dari itu utk belajar MEMBINA YAKIN DIRI DAN MEMACU AZAM BAHAWA IMPIAN MESTI DICAPAI DENGAN MELUPAKAN ONAK DAN DURI.

TAHNIAH SYAMIM KERANA MEMBERI KEJAYAAN BESAR SARAWAK

Comments

comments