Menyantuni anak anak yatim merupakan satu tanggungjawab guru. Merasai keperitan dan derita yang dihadapi anak didik kita mampu mendidik hati kita supaya lebih ehsan kepada anak anak ini.
Pengalaman cikgu Jhowie Zecheus dalam hantaran facebook nya mampu menyentuh hati warganet membacanya. Terima kasih cikgu kerana perihatin
“Saya tak ada ayah Cikgu!”
Tadi sebelum budak Prasekolah balik, aku tanya siapa ayahnya yang bekerja. Mereka berebut-rebut angkat tangan.
Berebut tangan siapa paling tinggi konon dia lah menang. Aku pun tenangkan keadaan. Sampai ada yang terlompat-lompat. Aduhai..
Tiba-tiba seorang murid angkat tangan.
“Ha..kenapa?” Aku tanya.
“Saya tak ada ayah Cikgu!” Katanya pantas.
Aduh..Aku dah mula rasa bersalah. Budak dalam umur begini memang akan mula curious. Jika mereka dibesarkan oleh single mom, pasti sampai suatu tahap mereka akan bertanya di mana ayah mereka.
Sebak pula tengok. Dia bagitahu tanpa ada rasa sedih pun. Mungkin dia sudah biasa hidup tanpa seorang ayah. Dibesarkan oleh kasih sayang ibu yang tidak berbelah bagi.
Ya betul. Ramai yang boleh jadi ayah. Tapi tak ramai yang mampu memikul tanggungjawab seorang ayah. Ramai yang hanya pandai buat anak tapi menjaganya tak reti.
Punya anak ramai tak bermakna kita seorang lelaki hebat bila mana ibu kepada anak kita langsung tak kita hargai.
Ramai anak buat kita seronok tapi kita lupa si ibu yang mengandung dan menanggung sakitnya melahirkan anak. Ia antara hidup dan mati. Sehingga kita sanggup tinggalkan isteri sendiri kerana perempuan lain demi nafsu serakah.
Ya. Tidak semua lelaki mampu menjadi seorang ayah sebenar. Yang menjaga anaknya dan isterinya sendiri sepenuh jiwa.
Jika isteri sendiri kau abaikan tapi kau mengharap ucapan “Selamat Hari Ayah” dari anak mu, kau gagal.
Kesian anak-anak.
Lantas aku pandang ke mata muridku tadi. Aku cuba menyusun ayat paling manis untuk pujuk dia.
Belum sempat aku bagi ayat penyedap..dia terus kata..
“Saya ada babah saja Cikgu! Ayah inda Ada!”
Ahhh..sudah..😅
Yang lain terus menyampuk. “Saya pun cigukk! Saya Ada babah!!!”
“Saya Ada babah!”
“Saya pun!!!”
“Babah saya dua ciguk!!”
Hai budak-budak..pening cikgu.😅😅