Kek Wilmina : Kek Warisan Sarawak yang makin dilupakan

Syawal sudah sampai ke pertengahan bulan. Namun aktiviti berjarah raya masih terus berlangsung setiap hujung minggu.

Ada sahaja jemputan rumah terbuka di jabatan-jabatan kerajaan dan juga rumah-rumah kenalan untuk beramah tamah.

Kebiasaannya kek lapis akan jadi ikon utama di rumah yang meraikan aidil fitri. Penghulu segala kek (atau kepala hidangan) ialah Kek Hati Pari dan diikuti kek lumut, masam manis dan seterusnya kek kek yang beraneka warna.

Teringat pada hantaran ciap di tweeter dari seseorang yang kononnya kek lapis Sarawak ni tak sedap. Hmm abaikan sahaja. Lidah kita masing masing ada selera.

Bagi kakak dan anak-anak buah saya di Perak. Hari raya sering menanti kehadiran kek lapis Sarawak dari saya.

Tak sampai seminggu.. Dia call… Pak chu… Kek lapis dah habis…ramai cakap sedap… Hmmm belalak makan paduhal. So.. Ternyata Kek Lapis Sarawak memang awesome.

Ok apa yang saya nak kisahkan hari ni ialah satu lagi kek yang jarang ditemui di meja-meja hidangan hari raya. Kek ni boleh dianggap RARE, NADIR ATAU VINTAGE… mungkin kerana untuk memasaknya agak sulit dan renyah. Maka makin lama hanya orang-orang veteran sahaja yang memasaknya untuk hidangan istimewa keluarga.

Kek yang saya maksudkan ialah kek Wilmina. Saya hanya sempat melihat gambar yang dikirim sahabat saya sahaja iaitu Dato Wan Abdillah Edruce. Sedap ke? Tanya saya… Dia cakap memang terbaik..

Maka saya pun mencari maklumat kek ini. Menurut Dato Wan kek ini biasanya dipelopori oleh golongan Syed, Wan dan Syarifah.

Semasa mencari maklumat saya terjumpa resepi yang ditulis oleh Jamayah Bujang.. Resepi ini ditandai kod 12/8/74 dalam fb PJB Bakery. Kemungkinan resepi ini sudah ditulis pada tahun 74. Wah lama tu…

Kepada yang nak lihat kek tradisi sarawak dan kuih muih melayu sarawak bolehlah layari Page PJB Bakery yang berpusat di Brunei Darussalam.
Berikut adalah resepi dari page berikut

KEK WILMINA
By: Jamayah Bujang
Respi 12/8/74

Persediaan nya:

5biji kuning telor
Tepong Gendom
Mentega
Mix Fruit
Cherry Merah
Cherry Hijau
Susu Manis

Cara2 Membuatnya:

Kuning telor dan tepong digaul rata rata. Basahkan tangan sedikit dengan air supaya tidak melekat ( mcm buat doh karipap). Buatkan dough. Selepas itu ratakan .Canai nipis nipis dan potong mcm buat mee. kalau ada Mersin buat Mee lagi bagus. Ditabor dan tampi tampi dengan tepong supaya tak melekat.

Ambilkan Acuan taburkan adunan yg sudah di potong mcm mee tadi lapis dengan mixfruits dan cherry siram dengan Susu manis yg tin nya telah di tebuk kecil lubang nya…Tabor lagi adunan dan terus kan berlapi lapis hingga semua adunan habis.

Panaskan mentiga tuangkan kedalam Acuan yg telah siap di lapis dengan semua adunan. Hias dengan cherry atau buah Gajus atau kacang tanah jika suka. Bakar dengan api yg perlahan.
Selamat Mencuba…..

Kesimpulannya peliharailah warisan makanan tradisi melayu sarawak kita…untuk santapan anak anak kita dimasa hadapan.

Kepada yang di Kuching boleh tempah di WarisAN Bonda 0138169957

Dan lagi satu
Kalau ada masak…kirimlah kat cikgu Emmet… Sian cikgu…
#YNWA

Comments

comments