Tajuk ini mungkin mendatangkan kontroversi sedikit.. Namun saya harap sahabat semua baca lah dahulu. Tiada niat nak bandingkan Aidil Fitri dan Gawai. Namun elemen yang baik boleh kita kongsi bersama.
Tahun ini macam-macam kisah berlaku, kisah tv pecah lah..pasal kucing matilah…kisah pasal duit raya sikit. Ada yg tak puas hati dapat duit seringgit..ada yang tak puas hati dapat RM5.
Ternyata Aidilfitri di Malaysia ni dah jadi medan minta meminta pula. Sedangkan yang perlu diminta sesama insan ialah KEMAAFAN. Bukan lah duit raya pun. (kalau dapat bersyukurlah jangan komplen isinya sikit)
Nampaknya kita kena betulkan sikit kefahaman ziarah raya pada masa akan datang. Bulan nak bersedekah duit ni lebih baik dibuat sepanjang Ramadhan sahaja pasti pahala berganda..duit yang disedekah boleh dimanafaatkan untuk membeli persiapan menyambut 1 syawal.
Manakala ziarah raya haruslah dimanafaatkan dengan tujuan mengeratkan silaturahim. Bukan disisipkan niat.. “ha..rumah tu mesti dapat duit raya banyak… Ha.. tu rumah lawyer mesti dapat RM50…jom pergi rumah orang kaya tu…mesti tebal sampu raya kita dapat”
Hilang tujuan asal bersilaturahim dan timbul pengharapan bagai pengemis. Sebagai ibubapa kita kena terapkan berhari raya tu bukan medan mengumpul duit pada anak-anak. Ibubapa kena terapkan adab bertemu orang tua-tua..bersalaman antara satu sama lain…menyatukan hubungan yang terpisah jauh oleh jarak dan masa. ITULAH HARI RAYA SEBENARNYA.
Tahun 2019 ni Hari Raya dan Gawai disambut berdampingan. Malah sejak 2018 hingga lah 2020 nanti jarak Gawai dan Raya adalah berdekatan. Saya tertarik melihat apa yang berlaku semasa gawai yang boleh diterapkan semasa Hari Raya.
Budaya Iban menyuap makanan oleh cucu cicit kepada datuk dan nenek yang PALING TUA…dan suapan datuk nenek kepada cucu dan cicit mereka. Budaya ini adalah untuk memastikan bahawa elemen ‘harapan si cucu tadi akan panjang umur macam nenek’ Ini dinamakan ambik berkat. Malah semasa Hari Raya pun.
Objektif BALIK KAMPUNG yang utama adalah kerana ada ibubapa dan datuk nenek untuk diraikan. Alhamdulillah budaya suap orang tua ini sudah mula dibuat dikalangan orang Melayu semasa menyambut Hari Raya. Sampai tular di media sosial mengundang tangisan netizan kerana sebak dan bahagia.
Kesimpulannya Hari Raya Aidilfitri banyak menerima asimilasi dari budaya lain. Memberi angpau raya diambil dari budaya tahun baru Cina. Budaya tu sangat baik. Tapi yang memburukkannya ialah ada segelintir netizen membandingbeda jumlah sedekah yang diterima sampai bergaduh dalam media sosial.
Sekarang kita cuba bina kembali imej berhari raya dengan mengutamakan penghormatan cucu cicit kepada datuk dan nenek…bukan budaya meminta duit raya.
Alhamdulillah budaya duit raya di Sarawak semasa Aidilfitri masih belum jadi kontroversi. Malah masih ada anak anak dikampung yang tercengang bila dihulur angpau raya. Ada juga sampai tertinggal duit raya sebab. Tujuan utama berjarah raya ialah untuk bersalaman dari pintu masuk hingga ke dapur.. Minum air lemenet, makan kelupis dan makan kek lapis.
Best sangat raya..
Selamat Hari Raya…. Raya kan sebulan… 😁
Credit gambar gawai family Harry Frederick
Gambar ini menunjukkan Puan Aisyah Marie (Muslim) memangku anaknya Ayra untuk menyuap Moyangnya (Kristian) di hari Gawai.
Indah kannn… Hidup bersama harmoni.