Kasih seorang guru terhadap pelajarnya begitu tinggi. Lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman.
Satu contoh yang nyata dapat dilihat dengan tindakan tuan pengetua SMK Balleh, Kapit Encik Lau Yok Huck.
Di saat pelajar-pelajarnya sakit dan memerlukan rawatan..guru-guru dan pengetua akan membantu mengiringi ke tebing, menaiki perahu bersama dan setibanya di klinik kesihatan terdekat pengetua sanggup memikul pelajar yg sakit menaiki tangga hingga ke tebingan.
Sikap beliau turut dipuji warganet yang membaca kisah beliau di laman page SMK Balleh.
Demikianlah keperihatinan yang ditunjukkan oleh Encik Lau Yok Huck, pengetua SMK Balleh yang begitu mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya.
Terima kasih Tuan Pengetua… Terima kasih cikgu…
Bertuah SMK Balleh mempunyai pengetua yang hebat.