Hah! Bangsa Bawang? Aduhai Cantiknya

Lucu juga bila melihat reaksi pelajarnya yang pertama kali mendengar penjelasan Cikgu Jessica Robert Stephen bila menjelaskan beliau berbangsa Lun Bawang. Meski pun ada yang ragu-ragu namun beliau menunjukkan kad pengenalannya ada tertulis Lun Bawang.

Itulah momen lucu, seorang guru pelatih dari Sarawak yang menjalani latihan praktikum di SMK Tersang di Raub Pahang.

Cikgu Jessica merupakan pelajar jurusan pengajian Malaysia di UPSI memilih untuk menjadi guru kerana minat untuk menjadi pendidik sejak dibangku sekolah lagi.

Ketika saya bertanya apa yang mendorong beliau memilih kerjaya guru, Jessica menjawab

“Seperti yang kita sedia maklum, profession keguruan bukanlah pilihan ramai. Pada pendapat saya, ramai orang yang berpendapat bahawa jadi cikgu ini adalah sesuatu yang mudah dan gaji pun tidak boleh membuat jadi kaya. Nak pula dari kecil, kita ini sering dididik supaya pilih kerjaya seperti doktor atau jurutera untuk menjamin kehidupan masa depan yang lebib baik”

“Saya pun tidak mempunyai sebab yang kukuh mengapa saya memilih untuk menuntut di UPSI dimana pada pandangan orang saya ni memang mengidamkan kerjaya sebagai seorang guru. Saya pun pada mulanya tidak tahu untuk ‘handle’ pelajar, nak berdiri di depan untuk mengajar? Jauh tak terfikir langsung”

“Semasa di bangku sekolah lagi terutamanya tingkatan 6, saya selalu mendapat dorongan daripada guru-guru di sekolah untuk meneruskan pengajian saya. Namun, dengan berkat Tuhan saya berjaya memasuki UPSI dan di sini lah saya mula belajar untuk mengisi kekurangan dalam diri saya”.

“Ibu bapa saya yang menaruh harapan tinggi terhadap saya sebagai anak sulung, amat gembira mendapat berita baik ini walaupun pada mulanya pilihan dalam bidang pendidikan bukanlah pilihan utama ayah saya dan berat hati mereka untuk melepaskan saya keluar ke bumi seberang. Namun, setelah menuntut selama hampir 3 tahun, makin banyak perkara yang saya belajar untuk menjadi seorang yang mampu mendidik pelajar di sekolah dan terutamanya untuk diri sendiri dan saya sekarang pun masih di dalam proses belajar”

Jelas beliau dengan begitu bersemangat.

Jessica turut prihatin terhadap kemajuan kaum Lun Bawang dan Kelabit yang diwarisi daripada ayahnya

Jessica berharap masyarakat Lun Bawang ini walaupun merupakan salah satu kaum minoriti di Sarawak, semakin berkembang dan banyak mencapai kejayaan seperti masyarakat lain.

“Tapi kita ingat, bangsa tidak akan melambangkan kemajuan dan kemunduran dalam sesebuah masyarakat, kita kena harus buang pandangan stereotaip itu. Kemajuan itu merupakan pilihan diri sendiri dimana seseorang itu haruslah mengambil keputusan untuk membawa satu perubahan yang dapat mengubah kehidupan sama ada secara positif atau negatif. Oleh itu, saya berharap komuniti kita yang kecil ini terus mencari apakah kemajuan yang kita boleh buat dalam kehidupan ini.” jelas Jessica lagi.

Beliau berharap maysarakat Lun Bawang terus menuntut ilmu pengetahuan dalam apa pun bidang kerana masa beredar dengan cepat dan jangan lalai untuk mengambil peluang yang ada untuk kebaikan diri dan juga masyarakat secara keseluruhan.

Bila ditanya apakah beliau berhasrat utk kembali semula ke Sarawak untuk berkhidmat beliau menjawab

“Ya, saya berhasrat untuk kembali ke bumi Kenyalang dan berkhidmat di sana tak kira untuk komuniti saya ataupun untuk anak-anak yang berbangsa lain. Namun jika dipilih untuk terus berkhidmat di Semenanjung, tiada masalah.” terang beliau lagi.

Pengalaman pertama beliau menjalani praktikum di SM Tersang ini merupakan pengalaman berharga. Ketika saya pertama kali menjejak kaki di Felda Tersang, saya dapat merasakan bahawa hari-hari yang mendatang akan baik-baik sahaja kerana kedatangan kami telah disambut baik oleh guru-guru SMK Tersang serta masyarakat sekeliling walaupun pada mulanya, saya memang berasa risau adakah saya dapat diterima oleh masyarakat di sini sebagai seorang guru.

Para pelajar juga dapat menerima kedatangan saya sebagai seorang guru walaupun di sekolah itu, saya seorang sahaja guru yang bukan Muslim. Suasana sekolah amat memuaskan hati saya kerana persekitaran yang selesa dan pihak sekolah yang sentiasa ramah antara satu sama lain.

Bila ditanya reaksi pelajar beliau bila mendengar guru yang mengajarnya dari kaum Lun Bawang? Jawapan Jessica

” ni semestinya mereka akan ternganga hahaha” katanya sambil ketawa manis. Pelajar di sini memang selalu bertanyakan saya, “Cikgu ni bangsa apa ya? “.

Ada yang meneka saya ni orang Cina haahha Apabila saya menjawab “bangsa Lun Bawang”, banyak lah reaksi mereka yang saya lihat. Ada yang menjawab “Hah? Bawang, cikgu? Apa tu?? “.

Sebelum saya menjawab memang saya akan tertawa melihat reaksi sebegitu. Lalu saya pun memberitahu mereka supaya jangan risau kalau tidak tahu bangsa apakah itu sebab sejujurnya, ada juga segelintir orang Sarawak yang tidak tahu bangsa itu. hahahaha

Setelah itu, mereka tanya banyak soalan kerana berminat untuk mengetahui apakah kaum Lun Bawang itu dan saya pun menyuruh mereka mencari di Internet untuk info lebih lanjut. Namun, ada pula pelajar yang bertanyakan saya “Sarawak itu dekat dengan Malaysia ke?” dan satu lagi pertanyaan yang saya dapat juga “bila cikgu balik Malaysia? ” saya telah mendapat soalan ni ketika mengajar di salah sebuah sekolah di Kelantan. Sampai sekarang saya kurang pasti macam mana untuk menjawabnya hahaha. Kata Jessica lagi.

Demikianlah pemgalaman yang ditempuhi oleh cikgu Jessica yang kini bertugas menjalani praktikum di SMK Tersang Raub. Semoga beliau berjaya menamatkan latihan mengajar dengan cemerlang.

Tahniah Cikgu Jessica

Harap harap Cikgu Jessica ni penyokong Liverpool lah.

Tinta peranti cikgu Emmet

Comments

comments