Terbang Bergaya dengan Emirates Airline

Bercuti di luar negara sudah tidak asing lagi bagi kaki-kaki travel yang mahukan kepuasan semasa bercuti. Melihat budaya, senibina, sejarah, makanan tradisional, panorama dan merasai 4 musim (sejuk, panas, luruh & bunga) yang ada di negara-negara lain sudah menjadi salah satu sebab mengapa ramai yang bercadang untuk bercuti di luar negara.

Sepanjang tahun 2012 sehingga 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati lebih 11 juta rakyat Malaysia melancong ke luar negara. Kiraan tersebut termasuklah bagi mereka yang melancong ke negara-negara di benua Eropah. Oleh yang demikian, hari ni saya nak kongsikan beberapa kelebihan yang ada pada Emirates Airline jika anda memilih ia sebagai airline anda semasa bercuti.

Anda boleh dapatkan cheap Emirates flights di laman web Traveloka 

Tapi anda perlu tau, bukan nak ke Eropah je boleh book kat sini. Nak pergi dekat-dekat pun boleh. Saya dah bercadang untuk ke Bangkok, so kena la book cheap flight to Bangkok kat web tu. Lagi awal lagi murah. Tapi hari ni saya nak share dulu mengenai Emirates Airline ni.

Seperti yang anda tahu, penerbangan Emirates, Qatar dan Etihad Airline merupakan antara syarikat penerbangan yang terkemuka di seluruh dunia. Jika anda inginkan penerbangan yang bertaraf 5 bintang, Qatar pasti salah satu airline yang berada di dalam list anda. Tetapi harga yang ditawarkan bukanlah nilai yang mampu dimiliki oleh semua orang. Jadi, Emirates Airline adalah pilihan yang seterusnya.

Walaupun Emirates Airline ini tidak semegah Qatar Airline, ia mampu menduduki tempat ke 4 bagi syarikat penerbangan terbesar di dunia. Nak tau apa kelebihannya? Jom saya bawa anda.
Flight Attendant/ Flight Crew.

Oleh kerana Emirates Airline merupakan antara syarikat penerbangan yang terkemuka, mereka telah melatih setiap flight attendant mereka untuk membantu penumpang dalam apa jua keadaan dan kesulitan yang anda hadapi sepanjang penerbangan. Apa yang uniknya, flight attendant ini bukan sahaja terdiri daripada orang-orang dari timur tengah. Ada yang dari Malaysia, Korea, Indonesia dan banyak lagi. Apa yang paling penting, mereka sentiasa ceria!

Makanan di dalam Flight

Jika anda membayangkan makanan semasa penerbangan dengan Emirates Flight ini tidak sedap dan tidak berbaloi, anda silap. Makanan yang disediakan sepanjang penerbangan boleh dikira setaraf dengan restoran di darat. Malah mungkin lebih sedap.

Setiap makanan yang disajikan akan dihidangkan dengan appetizer dan desert. Kiranya lengkap la makanan tu. Ada makanan pembuka selera, makanan utama dan pencuci mulut. Anda kena rasa air buahnya! Manis dan sangat puas hati! Boleh dikatakan semuanya sedap la. Sangat berbaloi.

Hiburan sepanjang penerbangan

Bagi anda yang menaiki flight untuk terbang jauh berjam-jam untuk sampai ke destinasi pasti rasa bosan kalau tak ada apa-apa aktiviti untuk dilakukan bukan? Tidur pun sudah, makan pun sudah. Jadi Emirates Airline ada juga menyediakan tv untuk setiap penumpang di mana anda boleh menonton filem dan bermain game. Anda tinggal pilih je nak filem apa.

Yang paling best sekali, anda boleh melihat keadaan di luar kapal terbang menerusi tv yang disediakan dimana ia disambung dengan camera yang ada disekeliling kapal terbang. So tak la boring sangat.

Bagi anda yang bawa anak kecil pun tak perlu risau sebab Emirates Airline ni ada menyediakan bahan untuk kanak-kanak seperti buku berwarna dan goodies.

Seat yang selesa

Walaupun anda menempah seat kelas ekonomi, tak perlu risau, seat nya boleh tahan luas dan selesa juga. Ia sangat mementingkan posture badan anda. Kerusi pun empuk je. Untuk rasa sakit badan yang melampau tu mungkin tidak. Cuma anda akan letih sebab duduk terlalu lama sahaja. Selain daripada kerusi yang super empuk tu, setiap penumpang juga mempunyai tempat untuk cas barangan eletronik. Jadi tak perlu panic kalau handphone kehabisan battery. Cucuk je kat tempat yang disediakan tu.

Wi-fi on plane

Untuk dunia yang serba moden dan canggih ni, anda pasti ingin melayari social media di mana sahaja anda berada. Lebih-lebih lagi bagi tempoh penerbangan yang lama. Airline ini ada menyediakan wifi di mana anda boleh akses internet dengan kadar rendah. Jika anda perlukan data yang lebih banyak, anda boleh sahaja membelinya semasa di dalam flight. Mudah sahaja.

So macam mana? Dah ready nak terbang dengan Emirates Airline? Saya yakin anda tak kan rasa rugi. Ia pasti jadi salah satu pengalaman yang berharga sepanjang anda bercuti. Okay la semua. Setakat ni sahaja yang saya dapat kongsikan. Saya harap ada yang bermanfaat untuk anda semua. Semoga kita berjumpa lagi nanti. Selamat bercuti ya!

Comments

comments